• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

jangan nak kecoh sangat

on Wednesday, November 23, 2011 No comments

member ofis banyak yg dah berkahwin. baru je pun.. so depa pun dok bercerita laa itu ini ngn aku. yang dalam kelambu tu pun ader laa gak. sakit la bla bla bla.

ader jugak cerita tentang kehidupan setelah berkeluarga. orang baru nak hidup bersama kan. aku cam biasa, mendengar sahaja.

depa tak tahu aku ni macam mane. mungkin depa ingat aku cam berperawakan begini dan benci lelaki. oh itu silap. aku x der isu dengan lelaki. maksudnyer, aku boleh berkawan, x derla sampai tahap benci. aper kau fikir aku jadi macam ni sebab benci lelaki.. oh tidak.. nie pengaruh media banyak ni.

kadang2 ader laa bg pendapat sane sini. cume yang aku benci bile kene kene anggap macam x pernah hidup berkeluarga. c'mon laa.. time korang belum kenal laki korang aku dah mula hidup bersama ngn partner aku. jangan nak cakap kat aku yang aku x tau macam mane hidup berkeluarga. perbelanjaan bile dah hidup bersama. kau tak boleh nak kate aku single so duit aku x kemana lagi. stupid.

kenyataannye adalah, orang lain x penah tahu pun perbelanjaan kite setiap bulan. ape yang kite tanggung. mulut2 yang kite kene suap. so please jangan nak assume sangat ok. and FYI, maser kau masih main nyorok2 or main tiang kat sekolah, aku dah pun mula carik partner.

sekian.. 

0 comments:

Post a Comment